Perkahwinan


Konsep dan Pengertian Dari Sudut Pandangan Islam

Oleh

Mohd Azri bin Azman

http://www.um.edu.my

[Kaifat] [Penyelesaian Masalah] [Poligami] [Tanggungjawab & Hak] [Walimatul Urus] [Meminang] [Mahar]




Perkahwinan merupakan suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t

Maksudnya : " Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan... "