Perkahwinan


Penyelesaian Masalah

[Kaifat] [Penyelesaian Masalah] [Poligami] [Tanggungjawab & Hak] [Walimatul Urus] [Meminang] [Mahar]




[Talak] [Fasakh] [Khuluk] [Nusyuz] [Idah] [Rujuk]



Talak dan pengertiannya :


Talak ialah suatu cara penyelesaian yang terakhir apabila pihak suami dan isteri tidak menemui jalan perdamaian untuk bersama dalam sebuah rumah tangga.Menurut istilah syarak, talak bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan atau perpisahan antara suami dengan isteri melalui lafaz talak atau lain-lain.

Talak terlaksana apabila seorang suami melafazkan perkataan cerai, seperti:

" Aku ceraikan engkau "

Dengan lafaz tersebut, terpisahlah mereka sebagai suami isteri, dan semua pergaulan mereka terbatas.

Hukum Penyelesaian
Wajib Jika perselisihan antara suami dan isteri tidak menemui jalan penyelesaian dan keluarga kedua-dua belah pihak telah bersetuju, mereka perlu bercerai.
Sunat Apabila seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya kerana berkelakuan tidak baik.
Makruh Jika seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang baik tanpa terdapat apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh isterinya itu.
Haram Seorang suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang sedang dalam keadaan haid atau nifas.
Harus Apabila tidak ada persefahaman hidup antara suami dan isteri.
Talak satu Suami menceraikan isterinya dengan talak satu. Semasa idah , suami boleh merujuki isterinya kembali
Talak dua Suami menceraikan isterinya dengan talak dua sekaligus atau penceraian yang berlaku pada kali kedua. Ketika idah suami boleh merujuki isterinya kembali
Talak tiga Seorang suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga sekaligus atau penceraian yang berlaku kali ketiga. Apabila seorang isteri telah dicerai dengan talak tiga, bekas suaminya tidak boleh merujuki kembali atau berkahwin semula dengan bekas isterinya, melainkan isterinya itu berkahwin dengan lelaki lain dan telah disetubuhi, kemudian dicerai, dan tamat tempoh idahnya




Fasakh dan Pengertiannya :

Fasakh ialah membatalkan ikatan perkahwinan melalui kuasa kadi dengan sebab-sebab tertentu tanpa ucapan talak. Kedua-dua pasangan suami isteri tidak sanggup lagi untuk meneruskan perkahwinan,dan sekiranya diteruskan juga, ia boleh menyebabkan keruntuhan rumahtangga. Fasakh diharuskan untuk kebaikan kedua-dua pihak, sama ada pihak suami atau pihak isteri. Isteri boleh menuntut fasakh daripada suaminya di Mahkamah Syariah jika berlaku beberapa perkara, antaranya:



Khuluk dan Pengertiannya :

Khuluk ialah penceraian di antara suami dan isteri dengan cara tebus talak, iaitu isteri dengan cara tebusan sebagai ganti rugi atau memulangkan kembali mahar dan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Hukum melakukan khuluk ialah harus. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, sama ada waktu suci atau waktu idah. Pada kebiasaannya khuluk adalah kehendak dan kemahuan isteri walapun suami tidak berniat untuk menceraikannya. Penceraian yang berlaku kerana tebus talak, suami tidak boleh rujuk dan tidak boleh menambah talak sewaktu idah kecuali dibolehkan berkahwin dengan bekas isterinya dengan akad baru.

Firman Allah S.W.T

Maksudnya: ".....Tidak halal bagi kamu mengambil semula apa-apa yang telah diberikan kepada mereka sedikit pun, kecuali kedua-dua suami isteri, takut tidak dapat menjalankan hukum Allah. Jika kamu ( wali-wali ) khuatir mereka tidak dapat menjalankan hukum Allah, maka kedua-duanya tidak berdosa tentang apa-apa bayaran ( tebus talak ) yang dibayarnya "



Nusyuz dan Pengertiannya :

Nusyuz ialah isteri yang derhaka atau ingkar kepada suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak. Sebab-sebab terjadinya nusyuz ialah:

Akibat daripada perbuatan nusyuz ialah:

Sabda Rasulullah S.A.W 

( Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim )
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W bersabda : “ Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia menolak, sehingga suami marah, maka para malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh. “

Cara-cara mengatasi perbuatan nusyuz ialah:

Cara memukul yang diharuskan ialah:

 

Idah dan Pengertiannya :

Idah ialah masa menunggu yang telah ditetapkan oleh syarak ke atas seorang perempuan yang dicerai oleh suaminya sama ada cerai hidup atau cerai mati. 
Sebab-sebab disyaratkan idah ialah:

Tempoh Idah

Bagi isteri yang dicerai oleh suaminya:

Bagi isteri yang kematian suami:

Keadaan Isteri Ketika Idah Raj'i

Keadaan Isteri Setelah Tamat Idah

 

Rujuk dan Pengertiannya :

Rujuk bererti kembali, suami mengambil kembali isteri yang dicerai ke pangkuannya.

Firman Allah S.W.T

( Surah al-Baqarah : Ayat 228 )

Maksudnya : …Dan suami-suami berhak merujuki isteri-isteri mereka dalam tempoh tersebut sekiranya mereka mahu berdamai….

Seorang suami boleh merujuki bekas isterinya setelah dicerai denga talak satu atau talak dua. Sekiranya suami menceraikan isterinya dengan talak tiga tetapi ingin kembali kepada bekas isterinya semula, mereka hendaklah dinikahkan dengan akad nikah yang baru, dengan syarat perempuan itu telah habis idah daripada bekas suaminya yang lain.

Suami boleh rujuk isterinya hanya semasa dalam tempoh idah raj’i sahaja. Lafaz rujuk boleh dilakukan secara terus terang atau secara sindiran

Contohnya : “ Saya rujuk awak “, atau “ Saya jadikan awak milik saya semula “.

Suami hendaklah merujuki bekas isterinya di hadapan kadi supaya tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. 

Wajib Bagi suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya ( sekiranya suami berkahwin lebih daripada satu ) dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang dicerai itu. 
Haram Sekiranya rujuk mendatangkan kemudaratan kepada isterinya. 
Makruh Sekiranya penceraian lebih baik daripada mereka berbaik-baik semula. 
Harus Sekiranya rujuk akan membawa kebahagiaan kepada isteri dan ahli-ahli keluarga yang lain.