Perkahwinan
Kaifat
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
[Kaifat] | [Penyelesaian Masalah] | [Poligami] | [Tanggungjawab & Hak] | [Walimatul Urus] | [Meminang] | [Mahar] |
Islam telah menggariskan satu perkahwinan yang khusus untuk panduan orang-orang Islam dalam mendirikan rumahtangga bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam memilih isteri, Islam memberi kebebasan kepada kaum lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai dengannya. Islam menganjurkan supaya memilih seorang perempuan yang salih dari keturunan yang ramai anak, berakhlak mulia, dan cantik.
Sabda Rasullah SAW
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W telah bersabda: " Dinikahi wanita itu kerana empat sifat, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah yang beragama , bahagialah engkau."
Seseorang perempuan boleh membuat pilihan sama ada menerima atau menolak suatu perkahwinan sekiranya mempunyai sebab-sebab yang munasabah. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini ialah:
1.Sebab keturunan
2.Sebab susuan
3.Sebab perkahwinan
Haram hukumnya menikahi dua adik-beradik perempuan atau seorang perempuan dimadukan dengan saudara perempuan bapanya, atau anak perempuan saudaranya.
Syarat-syarat bakal isteri:
Syarat-syarat bakal suami:
Islam mengharuskan seorang lelaki melihat bakal isterinya supaya tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak puas hati di kemudian hari. Seseorang lelaki diharuskan melihat muka dan kedua-dua
tapak tangan bakal isterinya.